Isnin, 26 November 2012


35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH
Mari lihat petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua  otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
·         Kita ingat 10 % apa yang dibaca
·         Kita ingat 20 % apa yang didengar
·         Kita ingat 50 % apa yang didengar dan dilihat
·         Kita ingat 70 % apa yang dicakapkan
·         Kita ingat 90 % setelah dipraktikkan.
3. Belajar secara aktif dengan pen atau pensei di tangan.
4. Belajar 3 jam atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )
….Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • §  Pastikan cahaya adalah terang.
  • §  Kurangkan gangguan bunyi.
  • §  Tampal poster  yang mengandungi kata-kata yang menaikkan semangat belajar.
  • §  Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran.
  • §  Kerusi dan meja menghadap kiblat
  • §  Jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas sallinnota dari rakan.
7. mengulangkaji menggunakan kaedah ‘output learning’  iaitu belajar untuk melatihotak menggunakan maklumat yang terkkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca  buku/ nota, ingat kembali, lakar/ tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
   
Memasukkan maklumat dalam memori
  • *      Menyimpan maklumat dalam sel memori.
  • *      Mengingat kembali
  • *      Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain.

9. Sentiasa awal dan mendahului:
Ø  Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
Ø  Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
Ø  Belajar awal  ketika tada tekanan adalah tidak membosankan.
Ø  Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu 1 atau 2 kalli sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
v  Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul.
v  Memberi  tumpuan sepenuhnya
v  Menggunakan jari telunjuk  untuk membaca
v  Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, suka bertangguh dan malas.
13.Membaca penerang hati apabila setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri. bagaimanapun anda perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran dan zikir ,selepas riadah dan seelepas berdoa.
17.Mengulangkaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar. ( Kita akan lupa 80 % selepas belajar)
18. Tahu mengulangkaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulangkaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulangkaji pelajaran berulang-ulang kali.
21.Mengulangkaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulangkaji.
  • ·         Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita.
  • ·         Siapkan semua bekalan dengan sempurna.
  • ·         Duduk tegak di kerusi yang selesa.
  • ·         Baca penerangan hati.
  • ·         Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul.
  • ·         Fikir dan ingat kembali isi utama, catat dan lakar
  • ·         Semak semula ketepatan maklumat
  • ·         Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • ·         Buat rumusan dan jawab soalan
  • ·         Tampal maklumat yang rumit di dinding
  • ·         Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa.
  • §  Jangan makan kepala ikan, organ dalaman
  • §  Jangan minum semasa makan dan jaangan makan terlalu kenyang
  • §  Jangan minum atau makan makanan yang telah dicemari oleh semut
  • §  Jangan lihat kemaluan
  • §  Jangan membaca nama pada batu nisan
  • §  Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan sebagainya.
  • §  Banyakkan makan  kismis, kurma, madu dan kekacang.
  • §  Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • §  Jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
  • *      Tampal nota-nota penting di dinding.
  • *      Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
  • *      Guna kaedah akronim
  • *      Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • *      Pecah maklumat kepada kumpulan kecil.

26. Cekap mengatur jadual belajar:
  • v  Mempunyai jadual waktu
  • v  Patuh kepada jadual
  • v  Buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topic untuk belajar.
30. Menggunakan masa teluang untuk mengulangkaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja kecuali di tandas.
32.  Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham.
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang
  • Ø  Taat kepada Allah
  • Ø  Mendirikan sembahyang
  • Ø  Menghormati kedua ibubapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • Ø  Menghormati dan sayangi  guru
  • Ø  Bersungguh dalam melakukan kerrja untuk mencapai kecemerlangan
  • Ø  Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • Ø  Membantu rakan yang memerlukan
  • Ø  Berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • Ø  Sentiasa bertawakal
  • Ø  Mahir dalam setiap mata pelajaran.

1 ulasan: