Rabu, 28 November 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

MATA PELAJARAN:BAHASA MELAYU
TAHUN: IUKM
TEMA: ALAM INDAH DAN SELAMAT
TAJUK: FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG

FOKUS UTAMA: 
S.K 3.8    Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
S.P  3.8.1 mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan.

FOKUS SAMPINGAN:
S.K 1.2      Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
 S.P  1.2.2  Bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu tidak formal secara bertatasusila.

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh

1. Mengecam sekurang-kurangnya 5 daripada perkataan yang terdapat dalam petikan.
2. Mengedit perkataan yang terdapat dalam petikan.
3. Menyatakan semula perkataan yang salah dengna ejaan yang betul

PENGISIAN KURIKULUM:

i. Ilmu : Pendidikan Moral
ii.Nilai : Mencintai alam sekitar
iii.KBT: Bahan intensif

SISTEM BAHASA: Tatabahasa: Perkataan berimbuhan Ber-, Men-
MEDIA: Kad perkataan

AKTIVITI:
AKTIVITI
CATATAN

LANGKAH 1
1.Guru memperlihatkan kad petikan.
2.Guru membaca kad petikan dan mengarahkan murid mendengar dengan teliti.


Media : Kad Petikan

LANGKAH 2
1.Murid mengecam kesalahan ejaan dalam kad petikan.
2.Murid menggariskan perkataan yang salah dalam petikan.
3.Murid menyebut perkataan atau ejaan yang salah dalam kad perkataan.



LANGKAH 3
Beberapa orang murid membetulkan kesalahan ejaan yang salah dikenalpasti dalam kad petikan.
Contoh Perkataan:  
Sebelom  = Sebelum
 Keretas   = Kertas  
 Cokelat  = Coklat 
           

Nilai  : Kerjasama
KBT   : Membanding dan membeza
Buku Aktiviti: muka surat 133

LANGKAH 4

1. Guru meminta murid menyebut semula perkataan yang betul.
2.Semua murid menyebut semula perkataan yang salah dan menggantikan dengan perkataan yang betul.
3. murid membaca semula teks yang telah dibetulkan

PENTAKSIRAN:
Murid menggaris dan membetulkan kesalahan ejaan.

PENGAYAAN:
Murid mewarnakan kotak jawapan yang betul dan menulis
semula ayat.





KBT: Belajar Cara Belajar



 Buku Aktiviti
Muka Surat 63


 Buku Aktiviti muka surat 64

                                                                                  

























10 ulasan:

  1. RPH yang membantu guru dalam aktiviti P&P.

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu...satu rancangan yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran

    BalasPadam
  3. Contoh RPH yang bagus. Boleh dijadikan rujukan kepada guru. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    BalasPadam
  4. Blog yang baik dan penuh dengan maklumat.Ini tentunya akan memanfaatkan dan memudahkan murid-murid cikgu untuk belajar.Tahniah cikgu:)

    BalasPadam
  5. Terima kasih dengan info ini, dan tahniah cikgu

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian cikgu

    BalasPadam