Rabu, 28 November 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

MATA PELAJARAN:BAHASA MELAYU
TAHUN: IUKM
TEMA: ALAM INDAH DAN SELAMAT
TAJUK: FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG

FOKUS UTAMA: 
S.K 3.8    Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
S.P  3.8.1 mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan.

FOKUS SAMPINGAN:
S.K 1.2      Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
 S.P  1.2.2  Bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu tidak formal secara bertatasusila.

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh

1. Mengecam sekurang-kurangnya 5 daripada perkataan yang terdapat dalam petikan.
2. Mengedit perkataan yang terdapat dalam petikan.
3. Menyatakan semula perkataan yang salah dengna ejaan yang betul

PENGISIAN KURIKULUM:

i. Ilmu : Pendidikan Moral
ii.Nilai : Mencintai alam sekitar
iii.KBT: Bahan intensif

SISTEM BAHASA: Tatabahasa: Perkataan berimbuhan Ber-, Men-
MEDIA: Kad perkataan

AKTIVITI:
AKTIVITI
CATATAN

LANGKAH 1
1.Guru memperlihatkan kad petikan.
2.Guru membaca kad petikan dan mengarahkan murid mendengar dengan teliti.


Media : Kad Petikan

LANGKAH 2
1.Murid mengecam kesalahan ejaan dalam kad petikan.
2.Murid menggariskan perkataan yang salah dalam petikan.
3.Murid menyebut perkataan atau ejaan yang salah dalam kad perkataan.



LANGKAH 3
Beberapa orang murid membetulkan kesalahan ejaan yang salah dikenalpasti dalam kad petikan.
Contoh Perkataan:  
Sebelom  = Sebelum
 Keretas   = Kertas  
 Cokelat  = Coklat 
           

Nilai  : Kerjasama
KBT   : Membanding dan membeza
Buku Aktiviti: muka surat 133

LANGKAH 4

1. Guru meminta murid menyebut semula perkataan yang betul.
2.Semua murid menyebut semula perkataan yang salah dan menggantikan dengan perkataan yang betul.
3. murid membaca semula teks yang telah dibetulkan

PENTAKSIRAN:
Murid menggaris dan membetulkan kesalahan ejaan.

PENGAYAAN:
Murid mewarnakan kotak jawapan yang betul dan menulis
semula ayat.





KBT: Belajar Cara Belajar



 Buku Aktiviti
Muka Surat 63


 Buku Aktiviti muka surat 64

                                                                                  

























Isnin, 26 November 2012


SEBAB-SEBAB MENGAPA PERASAAN BAHAGIA BOLEH HILANG DARI HATI

1. PEMARAH
Sifat pemarah paling mudah dilihat dan banyak dalam diri manusia. Mereka ini jarangmendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. PENDENDAM
Sifat dendam yang tersembunyi ini ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Mereka ini seperti sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun kecil-kecil seperti sakitkan hati atau templak orang yang didendam itu.Sebab itu mereka yang pendendam mudah sakit jantung

3. HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya.

4. BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan , pangkat dan perkara-perkara lain daripada dirinya. Contoh sentiasa berdalih mengatakan tiada duit. (Rezeki yang diberi Allah elok dikongssi bersama).Allah lelbih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang  yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. TAMAK
Mereka ini tidak puas dengan yang sedikit nescaya  tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat  meminum air laut …walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga.. lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita apabila dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. ( mungkin ada hak lain di situ ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan atau dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO
Ibu kepada mazmumah jado ego membuat seseorang paling tidak tenang. Mereka yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir dan batin.

8. RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.  Jika dipuji, akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takbur dengan apa yang kita ada.

9. CINTA DUNIA
Tidak dapat menderita,… dapat pun mendeita kerana apabila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Apabila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh dan solehah.Cinta dunia merupakan “ neraka dunia” kerana dunia itu “ panas” akibat dunia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulannya  kehilangan kebahagiaan sebenarnya bukan disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi adalah sifat MAZMUMAH.     Semakin tinggi sifat mazmumah seseorang semakin tidak bahagialah dia. Marilah sama=samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai  kita terleka dengan dunia maka buruklah padahnya.

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH
Mari lihat petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua  otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
·         Kita ingat 10 % apa yang dibaca
·         Kita ingat 20 % apa yang didengar
·         Kita ingat 50 % apa yang didengar dan dilihat
·         Kita ingat 70 % apa yang dicakapkan
·         Kita ingat 90 % setelah dipraktikkan.
3. Belajar secara aktif dengan pen atau pensei di tangan.
4. Belajar 3 jam atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )
….Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • §  Pastikan cahaya adalah terang.
  • §  Kurangkan gangguan bunyi.
  • §  Tampal poster  yang mengandungi kata-kata yang menaikkan semangat belajar.
  • §  Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran.
  • §  Kerusi dan meja menghadap kiblat
  • §  Jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas sallinnota dari rakan.
7. mengulangkaji menggunakan kaedah ‘output learning’  iaitu belajar untuk melatihotak menggunakan maklumat yang terkkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca  buku/ nota, ingat kembali, lakar/ tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
   
Memasukkan maklumat dalam memori
  • *      Menyimpan maklumat dalam sel memori.
  • *      Mengingat kembali
  • *      Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain.

9. Sentiasa awal dan mendahului:
Ø  Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
Ø  Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
Ø  Belajar awal  ketika tada tekanan adalah tidak membosankan.
Ø  Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu 1 atau 2 kalli sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
v  Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul.
v  Memberi  tumpuan sepenuhnya
v  Menggunakan jari telunjuk  untuk membaca
v  Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, suka bertangguh dan malas.
13.Membaca penerang hati apabila setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri. bagaimanapun anda perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran dan zikir ,selepas riadah dan seelepas berdoa.
17.Mengulangkaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar. ( Kita akan lupa 80 % selepas belajar)
18. Tahu mengulangkaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulangkaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulangkaji pelajaran berulang-ulang kali.
21.Mengulangkaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulangkaji.
  • ·         Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita.
  • ·         Siapkan semua bekalan dengan sempurna.
  • ·         Duduk tegak di kerusi yang selesa.
  • ·         Baca penerangan hati.
  • ·         Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul.
  • ·         Fikir dan ingat kembali isi utama, catat dan lakar
  • ·         Semak semula ketepatan maklumat
  • ·         Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • ·         Buat rumusan dan jawab soalan
  • ·         Tampal maklumat yang rumit di dinding
  • ·         Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa.
  • §  Jangan makan kepala ikan, organ dalaman
  • §  Jangan minum semasa makan dan jaangan makan terlalu kenyang
  • §  Jangan minum atau makan makanan yang telah dicemari oleh semut
  • §  Jangan lihat kemaluan
  • §  Jangan membaca nama pada batu nisan
  • §  Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan sebagainya.
  • §  Banyakkan makan  kismis, kurma, madu dan kekacang.
  • §  Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • §  Jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
  • *      Tampal nota-nota penting di dinding.
  • *      Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
  • *      Guna kaedah akronim
  • *      Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • *      Pecah maklumat kepada kumpulan kecil.

26. Cekap mengatur jadual belajar:
  • v  Mempunyai jadual waktu
  • v  Patuh kepada jadual
  • v  Buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topic untuk belajar.
30. Menggunakan masa teluang untuk mengulangkaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja kecuali di tandas.
32.  Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham.
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang
  • Ø  Taat kepada Allah
  • Ø  Mendirikan sembahyang
  • Ø  Menghormati kedua ibubapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • Ø  Menghormati dan sayangi  guru
  • Ø  Bersungguh dalam melakukan kerrja untuk mencapai kecemerlangan
  • Ø  Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • Ø  Membantu rakan yang memerlukan
  • Ø  Berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • Ø  Sentiasa bertawakal
  • Ø  Mahir dalam setiap mata pelajaran.


TIP MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang ialah merupakan satu tabiat pemakanan yang merangkkumi semua jenis makanan yang bersumberkan seperti bijiran, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan, kekacang, minyak dan sebagainya. Seimbang ini bukan bermakna seseorang itu mesti makan kuantiti setiap kelas makanan dengan sama banyak. Berdasarkan piramid makanan seseorang perlu mengambil makanan setiap jenis kelas makanan mengikut kuantiti yang ditetapkan.
Kaedah di bawah diharapkan dapat membantu anda menjaga kesihatan tubuh dan minda anda sentiasa sihat dan ceria.
1. Makanlah makanan yang halal dari  segi syarak  .
2. Amalkan membaca “ Bismillah ketika hendak makan dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.
3.Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4.Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis bagi menyihatkan perut.
5.Janganlah makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
6. Kurangkan makan bergoreng, berlemak dan berkolesterol.
7. Kurangkan makan makanan  yang mengandungi garam dan gula yang tiinggi.
8. Kurangkan minuman yang mengandungi kafien, bergas dan minuman manis.
9.Elakkan makan makanan yang mengandungi bahan perasa, MSG, bahan pewarna dan bahan pengawet.
1o. Amalkan minum jus buah atau buah-buahan seperti betik, kurma, pisang  pada awal pagi.
11. Makan nasi sekali sehari jika tidak bekerja sebagai buruh.Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12. Biasakan diri makan makanan atau minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan yang terbaik dalam kecerdasan minda
11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12) Biasakan makan makanan dan minum minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda

Isnin, 12 November 2012


Tentang Cahayaku -

'Cahayaku' adalah satu sistem atau teknik baru membaca buku dimana konsep ini telah dicipta oleh Chahaya Abdul Manan. Kaedah ini diciptakan khas untuk kanak-kanak bermasaalah seperti lembam, oku, istemewa dan lain-lain lagi. Sekiranya kanak-kanak ini boleh menguasainya apatah lagi kanak-kanak NORMAL.

Cahayaku tidak membebankan pelajar dan pengajar. Pelajar hanya perlu tahu 6 bunyian vowels dan 18 mimik sahaja. Guru hanya membimbing pelajar tersebut dan pengajaran ini selalunya berlaku secara santai. Buku ini di susun agar pelajar boleh membaca dengan sendirinya dan membetulkan kesalahan dengan sendirinya. Yang pasti para pelajar akan menjadi 'KETAGIH' untuk membaca. 

About Cahayaku - 

'Cahayaku' is a system and a new technique in reading, a new concept created by me (Chahaya Abdul Manan). This method was created for special children with learning disabilities. If they can master reading with this technique imagine what a normal child can do.


Cahayaku does not put burden on teachers and students. The students only need to know 6 vowel sounds and 18 consonants. The teacher acts as a guide and the lessons are conducted in a relaxed manner. This book is designed so the students can read without assistance and fix their own mistakes automatically. The child will definitely be enamoured with reading.