Isnin, 26 November 2012


SEBAB-SEBAB MENGAPA PERASAAN BAHAGIA BOLEH HILANG DARI HATI

1. PEMARAH
Sifat pemarah paling mudah dilihat dan banyak dalam diri manusia. Mereka ini jarangmendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. PENDENDAM
Sifat dendam yang tersembunyi ini ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Mereka ini seperti sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun kecil-kecil seperti sakitkan hati atau templak orang yang didendam itu.Sebab itu mereka yang pendendam mudah sakit jantung

3. HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya.

4. BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan , pangkat dan perkara-perkara lain daripada dirinya. Contoh sentiasa berdalih mengatakan tiada duit. (Rezeki yang diberi Allah elok dikongssi bersama).Allah lelbih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang  yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. TAMAK
Mereka ini tidak puas dengan yang sedikit nescaya  tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat  meminum air laut …walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga.. lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita apabila dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. ( mungkin ada hak lain di situ ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan atau dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO
Ibu kepada mazmumah jado ego membuat seseorang paling tidak tenang. Mereka yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir dan batin.

8. RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.  Jika dipuji, akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takbur dengan apa yang kita ada.

9. CINTA DUNIA
Tidak dapat menderita,… dapat pun mendeita kerana apabila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Apabila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh dan solehah.Cinta dunia merupakan “ neraka dunia” kerana dunia itu “ panas” akibat dunia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulannya  kehilangan kebahagiaan sebenarnya bukan disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi adalah sifat MAZMUMAH.     Semakin tinggi sifat mazmumah seseorang semakin tidak bahagialah dia. Marilah sama=samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai  kita terleka dengan dunia maka buruklah padahnya.

2 ulasan: