35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH
KAMSAH
Mari lihat petua-petua dan ciri-ciri
yang ada pada pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak
kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang
kedua-dua otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam
pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
·
Kita ingat 10 % apa yang dibaca
·
Kita ingat 20 % apa yang didengar
·
Kita ingat 50 % apa yang didengar dan dilihat
·
Kita ingat 70 % apa yang dicakapkan
·
Kita ingat 90 % setelah dipraktikkan.
3. Belajar secara aktif dengan pen
atau pensei di tangan.
4. Belajar 3 jam atau 20 jam seminggu
( tidak termasuk kerja rumah )
….Tahu memberi ganjaran kepada diri
sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan
sebagainya.
5. Belajar dalam persekitaran
kondusif.
- § Pastikan cahaya adalah terang.
- § Kurangkan gangguan bunyi.
- § Tampal poster yang mengandungi kata-kata yang menaikkan semangat belajar.
- § Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran.
- § Kerusi dan meja menghadap kiblat
- § Jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau
tertinggal kelas sallinnota dari rakan.
7. mengulangkaji menggunakan kaedah
‘output learning’ iaitu belajar untuk
melatihotak menggunakan maklumat yang terkkumpul. Ini dapat dilakukan dengan
membaca buku/ nota, ingat kembali,
lakar/ tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
Memasukkan maklumat dalam memori
- Menyimpan maklumat dalam sel memori.
- Mengingat kembali
- Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain.
9. Sentiasa awal dan mendahului:
Ø Persediaan
awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif
pada guru.
Ø Pelajar yang
mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
Ø Belajar
awal ketika tada tekanan adalah tidak
membosankan.
Ø Untuk
sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu 1 atau 2 kalli sebelum guru
mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa
hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang
betul:
v Duduk dengan
tegak dan bernafas dengan betul.
v Memberi tumpuan sepenuhnya
v Menggunakan
jari telunjuk untuk membaca
v Menyesuaikan
kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu
belajar iaitu angan-angan kosong, suka bertangguh dan malas.
13.Membaca penerang hati apabila
setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi
peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar
ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap
20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai
dengan diri. bagaimanapun anda perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar
iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas
baca al-Quran dan zikir ,selepas riadah dan seelepas berdoa.
17.Mengulangkaji secepat mungkin.
Ulang kaji ringkas selepas belajar. ( Kita akan lupa 80 % selepas belajar)
18. Tahu mengulangkaji secara
bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulangkaji adalah aktiviti
pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulangkaji pelajaran
berulang-ulang kali.
21.Mengulangkaji apabila mulai
terlupa.
22. Tahu petua mengulangkaji.
- · Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita.
- · Siapkan semua bekalan dengan sempurna.
- · Duduk tegak di kerusi yang selesa.
- · Baca penerangan hati.
- · Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul.
- · Fikir dan ingat kembali isi utama, catat dan lakar
- · Semak semula ketepatan maklumat
- · Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- · Buat rumusan dan jawab soalan
- · Tampal maklumat yang rumit di dinding
- · Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri
sendiri selepas belajar seperti membaca, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa.
- § Jangan makan kepala ikan, organ dalaman
- § Jangan minum semasa makan dan jaangan makan terlalu kenyang
- § Jangan minum atau makan makanan yang telah dicemari oleh semut
- § Jangan lihat kemaluan
- § Jangan membaca nama pada batu nisan
- § Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan sebagainya.
- § Banyakkan makan kismis, kurma, madu dan kekacang.
- § Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- § Jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding.
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
- Guna kaedah akronim
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- Pecah maklumat kepada kumpulan kecil.
26. Cekap mengatur jadual belajar:
- v Mempunyai jadual waktu
- v Patuh kepada jadual
- v Buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat
akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang
tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian
dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam
pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topic untuk
belajar.
30. Menggunakan masa teluang untuk
mengulangkaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja
kecuali di tandas.
32.
Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber
ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham.
34. Menjadikan nota-nota menarik
seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang
- Ø Taat kepada Allah
- Ø Mendirikan sembahyang
- Ø Menghormati kedua ibubapa dan sentiasa mendoakan mereka
- Ø Menghormati dan sayangi guru
- Ø Bersungguh dalam melakukan kerrja untuk mencapai kecemerlangan
- Ø Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- Ø Membantu rakan yang memerlukan
- Ø Berdoa dan bersyukur kepada Allah
- Ø Sentiasa bertawakal
- Ø Mahir dalam setiap mata pelajaran.
bagus nih... boleh print n tampal dlm kelas.. (^__^)
BalasPadam