Sabtu, 1 Disember 2012


Mari Baca
Bahan Kitar Semula


Saya sebiji  buah kelapa. Saya telah dibuang ke dalam tong sampah setelah isi saya habis. Seorang pemuda telah mengambil saya. Dia mencuci dan menghias saya. Dia telah berjaya menjadikan saya satu rekaan kelapa yang unik.







Saya senaskah akhbar. Saya diletakkan di dalam stor setelah dibaca. Saya berjumpa dengan rakan-rakan yang lain di situ. Seorang wanita telah mengambil kami. Dia menggulung dan membentuk kami menjadi raga yang menarik.




Kami botol minuman plastik. Kami diambil oleh seorang budak lelaki. Dia mencuci kami dengan sebersih-bersihnya.Dia melukis badan kami dengan corak yang menarik. Kini kami menjadi bekas botol hiasan yang cantik.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan