Selasa, 4 Disember 2012

UNIT 17 RAKAN KARIB : Mari Baca



MARI BACA

RAKAN KARIB SAYA


Saya ada seorang rakan karib. Nama rakan
saya Siti Amira. Dia berumur tujuh tahun.
Dia tinggal di Taman Ria 4.
     Dia suka makan udang goreng. Minuman
kegemarannya ialah jus lobak. Siti Amira
gemar akan warna kuning.
     Pada masa lapang, dia suka bermain
anak patung. Dia bercita-cita hendak
menjadi guru.


Mari isi maklumat berikut berdasarkan
petikan di atas.

Nama kawan saya   : _______________
Umur                       : _______________
Tempat tinggal       : _______________
Hobi                        : _______________
Makanan kesukaan : _______________
Minuman kesukaan : _______________
Cita-cita                   : _______________



    









Tiada ulasan:

Catat Ulasan